Suatu hari En.Conan ke kedai gunting kegemarannya. Semasa melangkah masuk ke kedai tersebut, En.Conan mendapati En.Nobita sedang sibuk dengan pelanggannya. En.Conan terus menuju ke arah salah sebuah kerusi di ruang menunggu dan mengambil beberapa majalah yang terdapat di atas meja dan membuka helaian demi helaian sehingga En.Nobita menyapa dan meminta En.Conan datang ke kerusi tempat beliau bekerja. En.Conan menoleh ke arah En.Nobita dan berkata: "En.Nobita hari ini saya mahu encik memotong rambut saya di sini."
En.Nobita menjawab: "En.Conan, mana pernah orang potong rambut di ruang menunggu, cepatlah datang ke sini, nanti orang lain datang, terlambat pula."
En.Conan tetap dengan pendiriannya: "En.Nobita, saya pelanggan encik. Oleh itu saya mahu rambut saya dipotong di sini dan saya juga mahu isteri encik yang memotong rambut saya. Tolong panggilkan isteri encik ke mari."
En.Nobita berasa tersinggung dengan apa yang diucapkan oleh En.Conan.
Lalu En.Nobita menjawab: "En.Conan, kalau encik mahu bergurau sekalipun, bukan begini caranya. Lagipun isteri saya tidak pernah memotong rambut mana-mana lelaki dan saya tidak akan membenarkannya. Kalau encik ingin memotong rambut datanglah ke sini, kalau tidak janganlah membuang masa saya."
En.Conan berkata: "En.Nobita, encik kelihatan seperti hendak marah? Adakah patut encik marahkan orang yang mahu menolong keluarga encik?"
En.Nobita bertanya: "Apa maksud encik mahu menolong keluarga saya?"
En.Conan menjawab: "En.Nobita, sekarang isteri encik tidak bekerja, jikalau sesuatu berlaku kepada encik atau encik meninggal dunia, encik akan meninggalkan kedai ini beserta dengan segala peralatannya kepada isteri encik. Jikalau isteri encik tidak tahu memotong rambut, apalah gunanya kedai ini kepada beliau? Mungkin beliau boleh menjual segala peralatan ini, tetapi berapakah hasil yang akan beliau perolehi dari menjual kerusi, cermin, gunting, dan sikat buruk encik itu? Adakah encik rasa memadai untuk menanggung persekolahan anak encik? Satu ketika dulu encik pernah berkata bahawa encik mahu anak encik melanjutkan pelajaran sampai ke peringkat yang tertinggi. Jika encik masih ada esok, mungkin anak encik akan dapat melanjutkan pelajarannya, tetapi bagaimana jika sebaliknya yang berlaku? Anak encik terpaksa berhenti sekolah untuk membantu ibunya untuk mencari sesuap nasi. Mahukah encik melihat perkara itu berlaku. Oh! maafkan saya, encik tidak akan melihat perkara tersebut berlaku, kerana encik tiada di situ untuk melihat segala penderitaan yang terpaksa dihadapi oleh keluarga encik. Saya terlupa kerana pada masa itu encik sedang bersemadi dengan aman."
En.Nobita, sebenarnya saya mahu isteri encik belajar memotong rambut, agar jika sesuatu berlaku kepada encik, beliau dapat meneruskan tugas dan tanggungjawab encik memberi nafkah kepada anak-anak encik."
Dalam keadaan yang agak sugul berkata En.Nobita kepada En.Conan: "En.Conan terima kasih kerana menyedarkan saya, saya tidak pernah memikirkan tentang hal itu selama ini. Saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan sekarang."
Selepas itu En.Conan mencadangkan agar En.Nobita menabung melalui skim insurans hayat untuk dia dan keluarganya demi kebahagian di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment