Assalamualaikum...
Di sini ada khabar gembira kepada para pemegang polisi Great Eastern / Great Eastern Takaful iaitu pembayaran polisi insurans boleh dibuat menerusi Maybank2u.com.
Sebelum ini pembayaran dilakukan menggunakan kad kredit, tunai (bayaran dibuat di kaunter cawangan Great Eastern), banker's order dan pemotongan Giro. Tetapi kini Great Eastern & Great Eastern Takaful telah memperkenalkan kaedah bayaran yang paling mudah menerusi Maybank2u. Segalanya di hujung jari anda.