i-Great Damai menawarkan kombinasi perlindungan Takaful dan pelaburan, yang melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Total dan Kekal (PTD). Menerusi pelan ini, anda boleh menikmati perlindungan dan pada masa yang sama peruntukkan pelaburan anda akan meningkat seiring dengan masa.
Menerusi pelan ini, anda boleh memilih untuk menambah perlindungan dengan menambah beberapa rider seperti:- i-Medik Rider, i-Critical Illness Benefit Rider, i-Provider Plus Rider, i-Hospitalization Benefit.
i-Medik Rider ialah rider perubatan dan kesihatan komprehensif yang melindungi kesihatan anda dengan perlindungan meluas bagi manfaat kemasukan hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar dan banyak lagi.
Manfaat utama i-Medik Rider termasuk, rawatan sebelum dan selepas kemasukan hospital, rawatan kanser pesakit luar dan rawatan dialisis buah pinggang, unit rawatan rapi (ICU) dan rawatan kemalangan kecemasan pesakit luar. Pelan ini turut melindungi bayaran pembedahan, bekalan hospital, khidmat ambulans dan banyak lagi.
i-Early Payout Critical Care Rider (i-EPCC) ialah rider takaful berkaitan pelaburan unik yang menyediakan bayaran sekiranya berlaku penyakit kritikal pada peringkat awal, iaitu sebelum penyakit menjadi serius.
Dalam menyediakan perlindungan penyakit kritikal, Great Eastern Takaful mempunyai i-Critical Illness Benefit Rider (i-CIBR) yang diperlukan anda untuk layak menyertai i-EPCC. i-EPCC direka untuk melengkapi manfaat yang dibayar di bawah i-CIBR.
i-Great Abadi merupakan pelan Takaful yang membantu mencapai impian dengan memperuntukkan caruman yang tinggi bagi pelaburan serta pada masa yang sama memberi perlindungan.
Pelan i-Great Abadi membolehkan anda menambah perlindungan dan memastikan pelaburan anda berterusan dengan rider berikut:- i-Provider on TPD Rider dan i-Provider Plus Rider.
i-Great Amal direka untuk melindungi anda dan orang tersayang daripada kejadian yang tidak diduga. Pelan ini menawarkan perlindungan berganda sekiranya anda ditimpa musibah kematian sewaktu mengerjakan Ibadah Haji atau Umrah. Terdapat banyak manfaat yang diberikan menerusi pelan i-Great Amal. Antara manfaat-manfaat yang diberikan seperti, Manfaat Ihsan, Tunai untuk Mengerjakan Haji atau Umrah, Badal Haji, Manfaat Adha, Peroleh Ganjaran Apabila Sijil Matang dan Pelepasan Cukai.
p/s : sila klik pada brochure untuk mengetahui butiran lanjut mengenai produk-produk yang disenaraikan.
p/s : sila klik pada brochure untuk mengetahui butiran lanjut mengenai produk-produk yang disenaraikan.
No comments:
Post a Comment