Takaful merupakan kata dasar yang diambil dari bahasa arab iaitu kafala yang bermaksud menjamin, menjaga atau memelihara. Menurut Akta Takaful 1984, takaful diertikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan, dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju memberi sumbangan bagi maksud itu (Panduan Asas Takaful, 2011). Takaful merupakan kata dasar yang diambil dari bahasa arab iaitu kafala yang bermaksud menjamin, menjaga atau memelihara.
Konsep Takaful:
Takaful merupakan konsep saling bantu membantu berdasarkan prinsip perpaduan, kerjasama, dan tanggungjawab. Peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu antara satu sama lain semasa kesusahan. Asas falsafah ini berpandukan kepada beberapa hadis Rasulullah s.a.w yang antaranya:
- Dalil Kerjasama:
“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain”.
Riwayat oleh Imam Ahmad & Imam Abu Daud
- Dalil Tanggungjawab:
”Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain akan turut merasainya”.
Riwayat oleh Imam Al-Bukhari & Imam Muslim
- Dalil Saling Melindungi:
“Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah,tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan”.
Riwayat oleh Imam Al-Bukhari & Imam Muslim
Berdasarkan hadis-hadis di atas, para Ilmuan Islam berpendapat bahawa usaha yang bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep takaful sebagai kaedah yang terbaik bagi memenuhi tuntutan ini.
(Panduan Asas Takaful 2011)
No comments:
Post a Comment