Ini adalah sebuah kisah tentang sepasang burung yang setia. Pernahkah anda melihat burung membuat sarang? Selepas memilih tempat yang sesuai, mereka mula bekerja dengan tekun membina sarang. Setiap seekor terbang berulang-alik dengan membawa rumput yang kering, daun dan sebagainya. Ia terbang beribu-ribu kali, berulang-alik berusaha keras untuk menyiapkan sarangnya. Setelah sarang siap dibina, si ibu akan duduk untuk bertelur. Sebaik saja bertelur, si ibu akan mengeran telur tersebut sehingga ia menetas. Tugas burung yang jantan pula ialah menyediakan makanan untuk pasangannya dan juga mengawalnya daripada gangguan binatang lain.
Sebaik saja telurnya menetas, keadaan di sarang burung akan menjadi riuh rendah oleh kicauan anak-anaknya yang lapar. Suatu pagi si bapa sedang berusaha untuk menarik bangkai seekor ular di atas jalan raya, apabila secara tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah belakang lalu melanggar si bapa dan ia mati serta merta. Si ibu yang tidak tahan mendengar kicauan anak-anaknya, keluar untuk mencari si bapa dan di waktu yang sama juga berusaha untuk mencari makanan untuk anak-anaknya.
Akhirnya ia ternampak si bapa terlantar di atas jalan raya. Ia berusaha untuk mengalihkan bangkai si bapa ke tepi jalan. Si ibu cuba membangunkan si bapa tetapi sia-sia.Semuanya sudah terlambat. Si ibu berasa amat kecewa dan sedih. Dengan rasa yang penuh kehampaan, si ibu terbang kembali ke sarang untuk melihat anak-anaknya. Si ibu tidak berhati-hati, dibelakangnya terdapat seekor ular yang sedang bersedia untuk menyerang. Akhirnya ular tersebut dapat menelan si ibu.
Tinggallah si anak dalam kelaparan, menangis dan menangis. Walaupun terdapat banyak burung-burung lain yang berada di sekitar sarang mereka, tetapi tiada seekor pun yang datang untuk memberi makanan kepada mereka. Di kala itu adakah boleh kita menyalahkan burung-burung yang lain kerana tidak menghiraukan mereka? Tidak kerana mereka juga mempunyai keluarga sendiri untuk dijaga dan diberi makan.
Inilah hakikat sebenar yang berlaku kepada manusia sekarang.
No comments:
Post a Comment