![](http://www.airforce.gov.my/wp-content/uploads/2010/12/Berita-Harian-Great-Eastern-Takaful.jpg)
Great Eastern Takaful merupakan syarikat takaful yang baru ditubuhkan dan penubuhan syarikat ini adalah hasil usaha sama di antara anak syarikat Great Eastern Holdings Ltd, I Great Capital Holdings Sdn Bhd (i-Great) dengan Koperasi Angkatan Tentera (M) Berhad (KAT).
Penubuhan Great Eastern Takaful ini bertujuan untuk meneroka pasaran takaful amnya di Malaysia berikutan kadar peratusan pasaran takaful di Malaysia masih lagi rendah iaitu sekitar lapan peratus. Sehubungan itu dengan penubuhan Great Eastern Takaful diharap dapat meningkatkan lagi kadar pasaran dan kesedaran takaful di Malaysia.
Menerusi usaha sama ini, i-Great menguasai sebanyak tujuh puluh peratus saham, manakala selebihnya dikuasai oleh KAT. Sebagai permulaan bagi Great Eastern Takaful, syarikat berkenaan memperkenalkan dua produk asasnya iaitu i-Great Damai (pelan perlindungan) dan i-Great Abadi (pelan pelaburan).
No comments:
Post a Comment