Harta...
Setiap orang sayangkan keluarga mereka. Ramai yang sanggup berkorban apa sahaja untuk ahli keluarga mereka, malah tiada seorang pun yang sanggup melihat ahli keluarga mereka menanggung penderitaan.
Kita membuktikan kasih sayang kita dengan menyediakan rumah yang selesa untuk mereka, membeli kenderaan yang bagus untuk membawa mereka ke mana-mana.
Semasa kita masih hidup, kita pastikan keluarga kita mendapatkan yang terbaik. Jika sesuatu terjadi kepada diri kita, kita berhasrat untuk meninggalkan sesuatu yang terbaik untuk keluarga kita. Apakah yang anda ingin tinggalkan untuk keluarga anda jika sekiranya sesuatu yang buruk menimpa diri anda?
Tahukah anda jika anda tinggalkan sebuah rumah untuk keluarga anda, keluarga anda mungkin terpaksa menjual rumah tersebut untuk dibahagikan antara mereka,TETAPI jika anda tinggalkan sebuah rumah dan insurans, keluarga anda dapat menjaga rumah tersebut dengan baik dan membahagikan pampasan insurans sahaja. Sekurang-kurangnya keluarga anda masih mempunyai sebuah rumah pusaka untuk mereka berkumpul.
Rujukan Buku : Mencapai MDRT Melalui 88 Ilmu Jualan 69 Cara Mengatasi
No comments:
Post a Comment