Assalamualaikum... Di sini ada khabar gembira kepada para pemegang polisi Great Eastern / Great Eastern Takaful iaitu pembayaran polisi insurans boleh dibuat menerusi Maybank2u.com. Sebelum ini pembayaran dilakukan menggunakan kad kredit, tunai (bayaran dibuat di kaunter cawangan Great Eastern), banker's order dan pemotongan Giro. Tetapi kini Great Eastern & Great Eastern Takaful telah memperkenalkan kaedah bayaran yang paling mudah menerusi Maybank2u. Segalanya di hujung jari anda.
Suatu hari Oggy ke rumah kenalannya dan ketika itu kenalannya, Patrick sedang bermain bola dengan anak lelakinya. Mereka berbual panjang tentang kisah-kisah lalu. Sedang rancak mereka berbual, Oggy bertanyakan sesuatu kepada kenalannya itu.
"Patrick, apa yang akan awak lakukan jika secara tiba-tiba satu anak panah menuju ke arah anak awak yang berada di atas riba awak? Jika awak mengalihkan anak awak, anak panah tersebut akan mengenai awak. Sebaliknya, jika awak tidak mengalihnya, panah tersebut akan mengenai anak awak. Dalam situasi itu, apa yang akan awak lakukan? Adakah awak akan menyelamatkan diri atau anak awak?" Patrick : "Sudah tentu saya akan menyelamatkan anak saya." Oggy : "Maksudnya, awak sanggup korbankan diri sendiri untuk menyelamatkan anak awak?" Patrick : "Ya." Oggy : "Kalau anak awak meninggal, awak masih mempunyai anak-anak yang lain, lagipun kalau awak kehilangan seorang anak, awak masih boleh buat anak yang lain. Mengapa mesti mengorbankan diri hanya untuk menyelamatkan anak awak?" Patrick : "Saya menyayangi anak saya." Oggy : "Tapi Patrick, jika awak meninggal dunia, awak sebenarnya tidak meninggal seorang diri kerana pendapatan awak juga akan turut meninggal bersama-sama. Jika awak meninggal dunia, siapakah yang akan menyediakan perbelanjaan yang sama sebagaimana awak sediakan untuk keluarga selama ini? Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Bolehkah isteri awak bekerja dan mendapat bayaran yang sama seperti yang awak berikan kepada mereka sekarang ini? Bolehkah keluarga awak tinggal di rumah ini lagi, membayar ansuran kereta dan makan lauk yang sama seperti yang awak sediakan sekarang? Patrick, tujuan saya pada hari ini bukan untuk meminta nyawa awak, saya hanya mahu awak menyimpan 10% daripada pendapatan, agar dapat menyediakan perlindungan kepada keluarga kelak." Patrick : "Oggy, sebenarnya selama ini saya tidak pernah memikirkan akan soal ini. Saya ingatkan dengan apa yang saya ada dan berikan pada mereka sudah lebih pada keperluan, rupa-rupanya saya silap, saya tidak pernah memikirkan kehidupan mereka selepas ketiadaan saya. Apa yang patut saya lakukan sekarang?" Oggy : "Patrick, jika awak mahu, saya akan terangkan satu rancangan yang akan melindungi awak dan keluarga jika sesuatu terjadi kepada awak." Patrick : "Saya gembira untuk mendengarnya." Di akhir perbualan mereka, akhirnya Patrick bersetuju untuk mengambil insurans dengan Oggy bagi memastikan mereka mempunyai kehidupan yang baik kelak. p/s: Walaupun di atas hanyalah sekadar penceritaan, tapi beberapa intipati yang penting dan logik akal boleh diambil dan diguna pakai. Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, apakah sumbangan yang akan kita berikan kepada keluarga setelah ketiadaan kita? Atau adakah kita tinggalkan mereka dengan 1001 masalah dan hutang piutang? Sediakan payung sebelum hujan. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
Agak terlewat untuk saya mengucapkan SALAM 2013 kepada para pembaca blog ini. "It's better late than never" bak kata omputih. Walau bagaimanapun saya mengharapkan para pembaca semua berada dalam keadaan sihat hendak-Nya dan semoga ceria-ceria selalu. Semoga para pembaca sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH swt, Insya Allah. Saya memohon maaf di atas kelewatan setiap entri di blog ini. Saya berharap sokongan daripada para pembaca tidak berkurang. Insya Allah untuk tahun 2013 ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk memperbanyakkan lagi entri perkongsian untuk tatapan pembaca semua.
Januari dan Februari sudah pun lepas, sekarang ni kita di bulan Mac, sinonimnya apabila tiba tahun baru, pasti beserta dengan azam & perancangan yang baru. Bagaimana dengan para pembaca? Sudahkah anda memulakan azam & perancangan di tahun baru ini? Saya berharap segala perancangan & azam para pembaca dapat direalisasikan pada tahun ini, Insya Allah. Kepada mereka yang masih belum menggerakkan azam & perancangan mereka, masih belum terlewat. Perancangan & azam yang mempunyai matlamat dan objektif yang jelas Insya Allah akan berjaya. Mari sama-sama kita merealisasikannya.
Sebelum saya mengundurkan diri buat sementara waktu, di sini saya kongsikan satu klip video untuk tatapan anda semua, walaupun hanya sekadar leisure entertainment, tetapi ada mesej yang tersirat yang disampaikan. Selamat menonton, jangan sekadar tonton ye...