PANAH...
Suatu hari Oggy ke rumah kenalannya dan ketika itu kenalannya, Patrick sedang bermain bola dengan anak lelakinya. Mereka berbual panjang tentang kisah-kisah lalu. Sedang rancak mereka berbual, Oggy bertanyakan sesuatu kepada kenalannya itu.
Patrick : "Sudah tentu saya akan menyelamatkan anak saya."
Oggy : "Maksudnya, awak sanggup korbankan diri sendiri untuk menyelamatkan anak awak?"
Patrick : "Ya."
Oggy : "Kalau anak awak meninggal, awak masih mempunyai anak-anak yang lain, lagipun kalau awak kehilangan seorang anak, awak masih boleh buat anak yang lain. Mengapa mesti mengorbankan diri hanya untuk menyelamatkan anak awak?"
Patrick : "Saya menyayangi anak saya."
Oggy : "Tapi Patrick, jika awak meninggal dunia, awak sebenarnya tidak meninggal seorang diri kerana pendapatan awak juga akan turut meninggal bersama-sama. Jika awak meninggal dunia, siapakah yang akan menyediakan perbelanjaan yang sama sebagaimana awak sediakan untuk keluarga selama ini? Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Bolehkah isteri awak bekerja dan mendapat bayaran yang sama seperti yang awak berikan kepada mereka sekarang ini? Bolehkah keluarga awak tinggal di rumah ini lagi, membayar ansuran kereta dan makan lauk yang sama seperti yang awak sediakan sekarang? Patrick, tujuan saya pada hari ini bukan untuk meminta nyawa awak, saya hanya mahu awak menyimpan 10% daripada pendapatan, agar dapat menyediakan perlindungan kepada keluarga kelak."
Patrick : "Oggy, sebenarnya selama ini saya tidak pernah memikirkan akan soal ini. Saya ingatkan dengan apa yang saya ada dan berikan pada mereka sudah lebih pada keperluan, rupa-rupanya saya silap, saya tidak pernah memikirkan kehidupan mereka selepas ketiadaan saya. Apa yang patut saya lakukan sekarang?"
Oggy : "Patrick, jika awak mahu, saya akan terangkan satu rancangan yang akan melindungi awak dan keluarga jika sesuatu terjadi kepada awak."
Patrick : "Saya gembira untuk mendengarnya."
Di akhir perbualan mereka, akhirnya Patrick bersetuju untuk mengambil insurans dengan Oggy bagi memastikan mereka mempunyai kehidupan yang baik kelak.
p/s: Walaupun di atas hanyalah sekadar penceritaan, tapi beberapa intipati yang penting dan logik akal boleh diambil dan diguna pakai. Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, apakah sumbangan yang akan kita berikan kepada keluarga setelah ketiadaan kita? Atau adakah kita tinggalkan mereka dengan 1001 masalah dan hutang piutang? Sediakan payung sebelum hujan. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment