Blogger templates

Tuesday, 20 December 2011

Great Eastern Takaful : Produk & Manfaat

i-Great Damai menawarkan kombinasi perlindungan Takaful dan pelaburan, yang melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Total dan Kekal (PTD). Menerusi pelan ini, anda boleh menikmati perlindungan dan pada masa yang sama peruntukkan pelaburan anda akan meningkat seiring dengan masa.

Menerusi pelan ini, anda boleh memilih untuk menambah perlindungan dengan menambah beberapa rider seperti:- i-Medik Rider, i-Critical Illness Benefit Rider, i-Provider Plus Rider, i-Hospitalization Benefit



i-Medik Rider ialah rider perubatan dan kesihatan komprehensif yang melindungi kesihatan anda dengan perlindungan meluas bagi manfaat kemasukan hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar dan banyak lagi.

Manfaat utama i-Medik Rider termasuk, rawatan sebelum dan selepas kemasukan hospital, rawatan kanser pesakit luar dan rawatan dialisis buah pinggang, unit rawatan rapi (ICU) dan rawatan kemalangan kecemasan pesakit luar. Pelan ini turut melindungi bayaran  pembedahan, bekalan hospital, khidmat ambulans dan banyak lagi.



i-Early Payout Critical Care Rider (i-EPCC) ialah rider takaful berkaitan pelaburan unik yang menyediakan bayaran sekiranya berlaku penyakit kritikal pada peringkat awal, iaitu sebelum penyakit menjadi serius.

Dalam menyediakan perlindungan penyakit kritikal, Great Eastern Takaful mempunyai i-Critical Illness Benefit Rider (i-CIBR) yang diperlukan anda untuk layak menyertai i-EPCC. i-EPCC direka untuk melengkapi manfaat yang dibayar di bawah i-CIBR.




i-Great Abadi merupakan pelan Takaful yang membantu mencapai impian dengan memperuntukkan caruman yang tinggi bagi pelaburan serta pada masa yang sama memberi perlindungan. 

Pelan i-Great Abadi membolehkan anda menambah perlindungan dan memastikan pelaburan anda berterusan dengan rider berikut:- i-Provider on TPD Rider dan i-Provider Plus Rider.








i-Great Amal direka untuk melindungi anda dan orang tersayang daripada kejadian yang tidak diduga. Pelan ini menawarkan perlindungan berganda sekiranya anda ditimpa musibah kematian sewaktu mengerjakan Ibadah Haji atau Umrah. Terdapat banyak manfaat yang diberikan menerusi pelan i-Great Amal. Antara manfaat-manfaat yang diberikan seperti, Manfaat Ihsan, Tunai untuk Mengerjakan Haji atau Umrah, Badal Haji, Manfaat Adha, Peroleh Ganjaran Apabila Sijil Matang dan Pelepasan Cukai.






p/s : sila klik pada brochure untuk mengetahui butiran lanjut mengenai produk-produk yang disenaraikan.

Sunday, 18 December 2011

2011: Great Eastern Takaful Terbaik

Gambar Ehsan dari I-GreaTfellas

Setiap insan inginkan yang terbaik dalam hidup mereka. Makanan, kita akan cari makanan yang terbaik dan berkualiti. Pakaian, pun kita akan cari yang berkualiti dan terbaik. Sementelah produk kesihatan. Sudah pasti kita akan mendapatkan produk kesihatan yang terbaik. Sekiranya kita sakit, kita akan dapatkan rawatan yang terbaik dari klinik @ hospital yang terbaik. Tetapi sedarkah kita? Untuk mendapatkan rawatan & perkhidmatan kesihatan yang terbaik memerlukan perbelanjaan yang banyak. Di sini pentingnya mempunyai perlindungan yang terbaik daripada operator Takaful yang terbaik. Apa tunggu lagi! Rebutlah peluang dan dapatkan pelan perlindungan yang terkini dan terbaik daripada 2011 Best New Takaful Operator: Great Eastern Takaful Malaysia.


P/S: Kepada mereka yang ingin mengetahui @ mendapatkan polisi Great Eastern Takaful @ kepada mereka yang telah mempunyai polisi insurans tetapi masih memerlukan khidmat untuk review polisi tersebut boleh berhubung dengan saya:


Tuesday, 13 December 2011

Great Eastern Takaful : Pengertian & Konsep

Pengertian Takaful:
Takaful merupakan kata dasar yang diambil dari bahasa arab iaitu kafala yang bermaksud menjamin, menjaga atau memelihara. Menurut Akta Takaful 1984, takaful diertikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan, dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju memberi sumbangan bagi maksud itu (Panduan Asas Takaful, 2011). Takaful merupakan kata dasar yang diambil dari bahasa arab iaitu kafala yang bermaksud menjamin, menjaga atau memelihara.

Konsep Takaful:
Takaful merupakan konsep saling bantu membantu berdasarkan prinsip perpaduan, kerjasama, dan tanggungjawab. Peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu antara satu sama lain semasa kesusahan. Asas falsafah ini berpandukan kepada beberapa hadis Rasulullah s.a.w yang antaranya:

  •  Dalil Kerjasama:
“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain”.
Riwayat oleh Imam Ahmad & Imam Abu Daud

  •  Dalil Tanggungjawab:
”Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain akan turut merasainya”.
Riwayat oleh Imam Al-Bukhari & Imam Muslim

  • Dalil Saling Melindungi:
“Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah,tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan”.
Riwayat oleh Imam Al-Bukhari & Imam Muslim

Berdasarkan hadis-hadis di atas, para Ilmuan Islam berpendapat bahawa usaha yang bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep takaful sebagai kaedah yang terbaik bagi memenuhi tuntutan ini. 
(Panduan Asas Takaful 2011)

Monday, 12 December 2011

Sepintas Lalu Great Eastern Takaful




Great Eastern Takaful merupakan syarikat takaful yang baru ditubuhkan dan penubuhan syarikat ini adalah hasil usaha sama di antara anak syarikat Great Eastern Holdings Ltd, I Great Capital Holdings Sdn Bhd (i-Great) dengan Koperasi Angkatan Tentera (M) Berhad (KAT). 
Penubuhan Great Eastern Takaful ini bertujuan untuk meneroka pasaran takaful amnya di Malaysia berikutan kadar peratusan pasaran takaful di Malaysia masih lagi rendah iaitu sekitar lapan peratus. Sehubungan itu dengan penubuhan Great Eastern Takaful diharap dapat meningkatkan lagi kadar pasaran dan kesedaran takaful di Malaysia.
Menerusi usaha sama ini, i-Great menguasai sebanyak tujuh puluh peratus saham, manakala selebihnya dikuasai oleh KAT. Sebagai permulaan bagi Great Eastern Takaful, syarikat berkenaan memperkenalkan dua produk asasnya iaitu i-Great Damai (pelan perlindungan) dan i-Great Abadi (pelan pelaburan). 

Wednesday, 7 December 2011

Kereta Anda Mempunyai Lebih Nilai



Suatu Hari En.Conan telah berjumpa dengan salah seorang prospeknya yang dia gagal untuk menjual sebarang polisi kepadanya dulu. Beliau baru sahaja melangkah keluar daripada kereta Mercedesnya yang baru. En.Conan menghampirinya dan mengucapkan tahniah di atas kejayaannya. Kemudian En.Conan bertanya tentang harga kereta baru beliau, beliau menjawab lebih kurang RM450,000.

En.Conan bertanya lagi: "Berapakah insurans untuk kereta ini?"
Beliau menjawab: "Lebih kurang RM450,000".
En.Conan meneruskan lagi: "Maksud encik, jika kereta ini hancur dalam kemalangan, syarikat insurans akan membayar kepada encik RM450,000".
Beliau menjawab: "Sudah tentu".
En.Conan bertanya lagi: "Bolehkah saya bertanya satu soalan yang agak peribadi?"
"Boleh". Katanya.
"Logik ke? Jika kereta encik hilang, encik akan mendapat wang tuntutan sebanyak RM450,000, tetapi jika encik hilang dari dunia ini siapakah yang akan membayar kepada keluarga encik? Selama ini encik yang menanggung segala perbelanjaan keluarga encik, dengan kedudukan encik sekarang ini, encik boleh membeli segala-galanya termasuk kereta yang lebih berharga daripada ini. Nyawa encik jauh lebih berharga kepada keluarga encik daripada kereta ini. Encik membeli insurans untuk kereta encik sedangkan pendapatan encik tiada perlindungan. Jika sesuatu terjadi kepada encik, keluarga encik tidak akan menerima apa-apa pampasan.

En.Conan terus mendiamkan diri dan menunggu jawapan daripada beliau. Akhirnya, beliau memecahkan kesunyian dengan satu soalan, "sebenarnya En.Conan, saya sudah lama fikirkan tentang ini dan ingin bertanya En.Conan tetapi tiada kesempatan. Berapakah En.Conan fikir saya patut membeli insurans untuk diri saya?"

Akhirnya En.Conan berjaya menyakinkan beliau untuk membeli insurans demi kepentingan diri dan keluarganya di masa akan datang.


***Bagaimana dengan anda? Adakah ini juga turut berlaku kepada anda  seperti mana kisah di atas? Tetapi inilah realiti yang sedang berlaku dalam masyarakat...Kebanyakkan mereka di luar sana memiliki kenderaan samada sebuah kereta atau sebuah motorsikal atau kedua-duanya sekali, cuba diselidiki setiap daripada mereka, hanya segelintir sahaja yang memiliki polisi insurans.Mengapa ini berlaku? Tepuk dada tanya selera anda...***



P/S: Kepada mereka yang ingin mengetahui @ mendapatkan polisi Great Eastern Takaful @ kepada mereka yang telah mempunyai polisi insurans tetapi masih memerlukan khidmat untuk review polisi tersebut boleh berhubung dengan saya:


Saya sedia membantu anda!

Thursday, 1 December 2011

Akibat Suatu Penangguhan



Suatu hari seorang kontraktor elektrik telah datang untuk membetulkan kerosakan di rumah En.Conan. Semasa beliau sedang bekerja, En.Conan telah membuatkan beliau terpaku seketika dengan berkata, "Jika anda terkena renjatan elektrik dan anda menjadi lumpuh, apa yang akan anda lakukan selepas itu?"

Akhirnya beliau bersetuju untuk membeli satu polisi yang kecil, tetapi beliau tidak membayar premiumnya. Telah beberapa kali En.Conan pergi untuk mengambil premium tetapi sentiasa gagal. Suatu hari En.Conan mendapati beliau terlibat dalam satu kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.

Tiga hari selepas kematiannya, En.Conan telah pergi ke rumahnya dengan ditemani oleh 2 orang agen. Sebaik saja ayahnya melihat En.Conan, beliau menyerahkan sekeping cek dengan tarikh di pindah ke belakang dan meminta En.Conan membuat tuntutan. En.Conan mengambil cek tersebut dan pergi membuat satu salinan. Selepas itu En.Conan menyerahkan kembali cek tersebut kepada ayahnya dan berkata dia tidak dapat menolongnya. En.Conan menyatakan sekiranya dia menerima cek daripada orang yang telah meninggal dunia, dia mungkin akan dipenjarakan. Beliau sanggup bayar untuk anaknya yang sudah meninggal tetapi tidak sanggup membayar semasa hayat anaknya masih ada.

*** Adakah anda di luar sana bersikap sedemikian juga? Kehidupan kita seharian penuh dengan perkara-perkara di luar jangkaan kita. Kepada mereka yang belum memiliki polisi insurans, apa tunggu lagi? Jangan bertangguh lagi!!! Adakah anda inginkan nasib yang sama seperti yang berlaku kepada keluarga kontraktor di atas? Kepada mereka yang memiliki polisi insurans adakah anda seperti karektor di atas? Walau pun ia hanyalah sekadar cerita, tetapi fikir-fikirkanlah, ada logiknya.***

P/S: Kepada mereka yang ingin mengetahui @ mendapatkan polisi Great                   Eastern Takaful sila hubungi saya: