Blogger templates

Wednesday, 7 December 2011

Kereta Anda Mempunyai Lebih Nilai



Suatu Hari En.Conan telah berjumpa dengan salah seorang prospeknya yang dia gagal untuk menjual sebarang polisi kepadanya dulu. Beliau baru sahaja melangkah keluar daripada kereta Mercedesnya yang baru. En.Conan menghampirinya dan mengucapkan tahniah di atas kejayaannya. Kemudian En.Conan bertanya tentang harga kereta baru beliau, beliau menjawab lebih kurang RM450,000.

En.Conan bertanya lagi: "Berapakah insurans untuk kereta ini?"
Beliau menjawab: "Lebih kurang RM450,000".
En.Conan meneruskan lagi: "Maksud encik, jika kereta ini hancur dalam kemalangan, syarikat insurans akan membayar kepada encik RM450,000".
Beliau menjawab: "Sudah tentu".
En.Conan bertanya lagi: "Bolehkah saya bertanya satu soalan yang agak peribadi?"
"Boleh". Katanya.
"Logik ke? Jika kereta encik hilang, encik akan mendapat wang tuntutan sebanyak RM450,000, tetapi jika encik hilang dari dunia ini siapakah yang akan membayar kepada keluarga encik? Selama ini encik yang menanggung segala perbelanjaan keluarga encik, dengan kedudukan encik sekarang ini, encik boleh membeli segala-galanya termasuk kereta yang lebih berharga daripada ini. Nyawa encik jauh lebih berharga kepada keluarga encik daripada kereta ini. Encik membeli insurans untuk kereta encik sedangkan pendapatan encik tiada perlindungan. Jika sesuatu terjadi kepada encik, keluarga encik tidak akan menerima apa-apa pampasan.

En.Conan terus mendiamkan diri dan menunggu jawapan daripada beliau. Akhirnya, beliau memecahkan kesunyian dengan satu soalan, "sebenarnya En.Conan, saya sudah lama fikirkan tentang ini dan ingin bertanya En.Conan tetapi tiada kesempatan. Berapakah En.Conan fikir saya patut membeli insurans untuk diri saya?"

Akhirnya En.Conan berjaya menyakinkan beliau untuk membeli insurans demi kepentingan diri dan keluarganya di masa akan datang.


***Bagaimana dengan anda? Adakah ini juga turut berlaku kepada anda  seperti mana kisah di atas? Tetapi inilah realiti yang sedang berlaku dalam masyarakat...Kebanyakkan mereka di luar sana memiliki kenderaan samada sebuah kereta atau sebuah motorsikal atau kedua-duanya sekali, cuba diselidiki setiap daripada mereka, hanya segelintir sahaja yang memiliki polisi insurans.Mengapa ini berlaku? Tepuk dada tanya selera anda...***



P/S: Kepada mereka yang ingin mengetahui @ mendapatkan polisi Great Eastern Takaful @ kepada mereka yang telah mempunyai polisi insurans tetapi masih memerlukan khidmat untuk review polisi tersebut boleh berhubung dengan saya:


Saya sedia membantu anda!

No comments:

Post a Comment